
SANDAKAN: Seorang ibu dan anak perempuannya maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Batu 23, Jalan Labuk, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala ibunya, 28, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, motosikal dinaiki tiga sekeluarga itu dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta.
Penunggang motosikal dan pemandu kereta turut cedera dan menerima rawatan di hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Leave feedback about this