Tempatan Utama

Hajiji & Juliah Hadir Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Negara Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag merupakan antara tetamu
khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah
Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di
Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun
Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri
Panglima Dr. Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R. M. Jasni.

Pada Sabtu Hajiji dan Juliah mengadap Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.

Mereka turut menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam dan Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

Leave feedback about this

  • Rating