
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Sambutan Nuzul AlQuran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M di Masjid Negeri Sabah pada Isnin.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Haji Aman dan Toh Puan Faridah Haji Tussin.
Musa turut menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 30 orang asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Pengisian sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ialah majlis khatam dan doa
khatam Al-Quran Perdana, Gema Wahyu Illahi oleh Ustaz Wahyu Andi Saputra dan Tazkirah Khas oleh Ustaz Zul Ramli.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ruslan Muharam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong dan isteri masing-masing.


Leave feedback about this