
Tular satu komen daripada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Fairuz Renddan, yang memberi amaran tegas susulan insiden seorang penguat kuasa dipukul sekumpulan lelaki di Bandar Batu 8, Sandakan.
Komen tersebut ditinggalkan sebagai respon kepada video kejadian yang tular di media sosial, termasuk di laman Sabah First Info.
Dalam komen berkenaan, Fairuz menegaskan bahawa tindakan menyentuh atau mencederakan pegawai penguat kuasa tidak akan dipandang ringan.
“Kamu sentuh pegawai saya dan saya akan pastikan kamu tidak dapat berniaga di mana-mana kawasan MPS dan juga PBT seluruh Sabah,” tulis beliau dalam komen tersebut.
Kenyataan itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang awam yang mengikuti perkembangan kes berkenaan.
Terdahulu, seorang penguat kuasa dilaporkan cedera selepas dipercayai dipukul oleh sekumpulan individu ketika menjalankan tugas di kawasan Pasar Batu 8, Sandakan.


Leave feedback about this