
TAWAU, 7 Julai 2023 – Dua lelaki ditemui selamat selepas hilang sejak 24 Jun lalu ketika masuk ke kawasan hutan berhampiran Brumas, Tawau.
Mangsa berumur 33 tahun bersama anak saudaranya 11 tahun telah dijumpai dalam keadaan selamat sekitar jam 12 tengahari ini setelah 9 hari Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dijalankan.
Sejurus selepas dijumpai kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan kesihatan dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, laporan Polis telah dibuat pada 28 Julai yang lalu berhubung kehilangan lelaki berumur 33 tahun bersama anak saudaranya berumur 11 tahun.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pasukan SAR yang terdiri daripada PDRM IPD Tawau, Batalion 14 PGA Tawau, Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan Wilayah Tawau, Ladang Usahawan Borneo, Unit K9 IPD Lahad Datu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kalabakan, Unit Dron PGU Sabah, Team Sapura serta orang awam yang telah bertungkus lumus dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) berkenaan.
#Unit Media Polis Daerah Tawau


Leave feedback about this