Tempatan Utama

Diesel Disonglap: PPM Rampas Puluhan Ribu Liter dalam Serbuan Di Tawau

TAWAU: Kegiatan penyelewengan minyak diesel berjaya dibongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menyerbu sebuah gudang di Jalan Sin San, semalam.

Serbuan kira-kira jam 5 petang itu dilakukan hasil risikan sebelum pasukan mengekori sebuah lori 21 tan yang mencurigakan ke lokasi berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Ahmad Amri Abd Rahman berkata, pihaknya mendapati aktiviti pemindahan diesel secara tidak sah sedang dijalankan ketika serbuan.

Hasil pemeriksaan menemukan tiga lori, tiga tangki skid serta 10 tong drum, dengan rampasan sebanyak 30,800 liter diesel dianggarkan bernilai RM1.16 juta.

Seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
PPM menegaskan komitmen untuk terus membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan bahan kawalan.

 

Leave feedback about this

  • Rating