
8 April – Destini SMJ Anak Muda Sabah meneruskan jelajahnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.
Seramai hampir 300 orang pelajar hadir bagi sama-sama bertukar pandangan dan menyatakan aspirasi bagi memperkasakan peranan anak muda Sabah dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Edisi kali ini menampilkan YB Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Tuan Azrul bin Ibrahim, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah sebagai ahli panel yang dikemudi oleh Sdri. Siti Aisyah Nabilah binti Salam sebagai moderator.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Datuk Prof Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Roslin, Rektor UiTM Sabah, Datin Dr. Rafidah Salleh, Timbalan Rektor (HEPA), pimpinan muda NGO Sabah dan para pelajar UiTM Sabah.
#IKRAR
#SabahMajuJaya
#DestiniSMJ


Leave feedback about this