
KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menggagalkan cubaan penjualan minyak secara haram dalam satu operasi khas, Ops Taring Gelora Khas, yang dijalankan di perairan Safma.
Menurut Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim, pihaknya mengesan dua kapal pukat tunda yang mencurigakan sebelum melakukan serbuan. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal telah diubah suai dan dilengkapi dengan tangki minyak dipercayai digunakan untuk aktiviti penyelewengan bahan api.
Sebanyak 17,000 liter minyak berjaya dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.25 juta. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Nazri berkata, PPM Wilayah 4 akan terus komited menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan minyak demi keselamatan serta kestabilan ekonomi negara.


Leave feedback about this