Tempatan Utama

Catuan Elektrik Berjadual Dilaksana di Seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa catuan bekalan elektrik secara berjadual akan dilaksanakan di beberapa kawasan di seluruh Sabah berikutan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

Gangguan tersebut berpunca daripada masalah pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas), yang menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP), sekali gus mengurangkan kapasiti penjanaan elektrik di negeri ini.

Menurut Sabah Electricity, langkah catuan berjadual itu merupakan tindakan pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik Sabah terus terpelihara sementara kerja-kerja pemulihan kapasiti penjanaan sedang dijalankan.

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha meminimumkan tempoh gangguan serta memahami kesulitan yang dihadapi pengguna.

Maklumat terkini mengenai kawasan terlibat akan disalurkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Facebook Sabah Electricity Careline.

Orang ramai dinasihatkan supaya berjaga-jaga sepanjang tempoh catuan dan mengikuti pengumuman rasmi, selain boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui talian 15444.

Sabah Electricity turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku serta menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna.

Leave feedback about this

  • Rating