Tempatan Utama

Buaya Pantai UMS Akhirnya Berjaya Ditangkap

KOTA KINABALU: Seekor buaya seberat kira-kira 300 kilogram berjaya ditangkap lebih 20 penduduk kampung selepas reptilia itu dipercayai sering muncul di kawasan pantai berhampiran Universiti Malaysia Sabah.

Buaya sepanjang hampir 3.7 meter itu ditangkap berhampiran kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah selepas operasi menggunakan tiga perahu dan pukat ikan dilakukan penduduk kampung.

Dua cubaan awal dilaporkan gagal sebelum reptilia terbabit berjaya ditewaskan pada percubaan ketiga.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kota Kinabalu, pasukan operasi bersama penduduk turut memikul buaya berkenaan sejauh kira-kira 500 meter sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut.

Leave feedback about this

  • Rating