Tempatan Utama

Sabah ‘Tapau’ Raja dan Ratu Pecut 100m P12 MSSM 2026

Sabah ‘Tapau’ Raja dan Ratu Pecut 100m P12 MSSM 2026

KOTA KINABALU: Sabah mencipta kejayaan bergaya apabila membolot gelaran Raja dan Ratu Pecut 100 meter (100m) kategori 12 tahun pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026.

Mohd Syawal Nizam Kasman muncul Raja Pecut 100m L12 selepas mencatat masa 11.79 saat.

Bagi kategori perempuan pula, atlet kelahiran Sabah, Ayrish Qisya Shahrul Alyandy, dinobatkan sebagai Ratu Pecut 100m P12 dengan catatan 12.83 saat.

Lebih membanggakan, catatan Ayrish turut memecahkan rekod MSSM 12.97 saat yang sebelum ini dicipta Irdina Madihah Mohamad Rafaei dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Dalam final P12, Ayrish meraih pingat emas, diikuti Adrina Muhammad Aminuddin dari WP Putrajaya dengan catatan 13.10 saat, manakala seorang lagi atlet Sabah, Rynna Nasir, meraih gangsa dengan 13.11 saat.

Kejayaan itu menyaksikan Sabah membolot gelaran Raja dan Ratu Pecut 100m kategori 12 tahun MSSM 2026, sekali gus menyerlahkan potensi besar atlet muda negeri berkenaan.

Leave feedback about this

  • Rating