Tempatan Utama

Skuad Gamer Sabah Raih Perak, Catat Sejarah di SUKMA

KUALA LUMPUR: Skuad gamer Sabah mencipta sejarah apabila meraih pingat perak pertama bagi acara e-sukan negeri itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Pingat berkenaan disumbangkan pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) lelaki Sabah selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam acara berpasukan lelaki.

Pasukan Sabah dibarisi Ashley Chow Kar Kit, Hasim Sia Jasri, Hazriel Farish Johari, Kris Wong Venky, Mohammad Khairul Lanavia dan Muhammad Sahnizam Dramendra.

Pasukan itu turut dibimbing pengurus Mohd Sofi Hizar Usrah dan ketua jurulatih Mohd Fadzley Arjo.

Kejayaan tersebut turut mendapat sokongan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan, yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan sehingga lewat malam ketika aksi final berlangsung.

Pencapaian itu menjadi suntikan semangat buat kontinjen e-sukan Sabah untuk meneruskan perjuangan dalam acara-acara yang masih berbaki pada SUKMA XXII.

Sabah Go For Gold! 💙💛❤️

Leave feedback about this

  • Rating