
Kredit Gambar Malaysian Beauty
KOTA KINABALU — Sabah menerima kunjungan delegasi antarabangsa sempena Beauty With A Purpose Tour in Sabah 2026 yang berlangsung dari 4 hingga 10 Februari.
Delegasi diketuai Pengerusi Miss World, Julia Morley CBE; CEO HyperLive Entertainment merangkap Pemilik Francais Miss World Malaysia, Dr. Sean Wong; Miss World 2025, Opal Suchata; dan Miss World Malaysia 2025, Taanusiya Chetty.
Antara pengisian utama ialah lawatan kebajikan ke SK Pendidikan Khas (SKPK) Kota Kinabalu di Tuaran, kerjasama dengan Persatuan Autisme Sabah, program khidmat masyarakat di Hospital Likas untuk menyokong kanak-kanak pesakit kanser, serta penglibatan bersama komuniti luar bandar.
Jelajah ini bertujuan menggabungkan kebajikan, pemerkasaan komuniti dan promosi pelancongan, sekali gus menonjolkan Sabah di pentas global sebagai destinasi berjiwa kemanusiaan, kaya budaya dan keindahan alam.
Sumber Warta Oriental


Leave feedback about this