Ekonomi

“Scam Guna Nama IPK Johor, Nombor Dikesan Dari Sandakan”

SANDAKAN & JOHOR – Pada 4 Feb — Satu sindiket scammer yang memperdaya syarikat pembekalan makanan dan cenderamata dengan menyamar sebagai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) JOHOR didapati menggunakan nombor telefon yang beralamat di SANDAKAN, Sabah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan pemilik nombor telefon tersebut dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya ringkas pada sidang media di sini semalam. Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenai pasti nombor telefon yang diperolehi oleh penjenayah itu asal dari warga Sandakan ataupun sim kad yang di curi dan digunakan sebagai nombor telefon palsu.

Sebuah syarikat pembekalan makanan dan sebuah syarikat katering mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM8,800 selepas diperdaya oleh sindiket tersebut. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa pada 26 Januari selepas mereka menyedari telah ditipu apabila dimaklumkan bahawa tiada sebarang pesanan dibuat, walaupun mereka telah membuat penghantaran ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. — Bernama

 

Leave feedback about this

  • Rating