Tempatan Utama

357 Kes Malaria Monyet Direkodkan di Sabah, Satu Kematian Dilaporkan

Sabah merekodkan 357 kes malaria monyet dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan satu kematian dilaporkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata daerah Ranau, Kudat dan Tawau dikenal pasti sebagai kawasan utama penyumbang kes di negeri ini.

Menurutnya, keadaan itu agak serius dan langkah utama ialah pengesanan awal serta rawatan segera di fasiliti kesihatan.

“Semua klinik kesihatan dan hospital mempunyai keupayaan untuk mengesan kes malaria monyet ini,” katanya selepas merasmikan Wellness Hub Sandakan hari ini.

Beliau turut menegaskan kerjasama Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan amat penting dalam mengawal penularan penyakit yang berpunca daripada haiwan tersebut.

Sumber Berita Harian

Leave feedback about this

  • Rating