
RANAU: Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar daerah ini, semalam.
Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, daripada 41 individu yang diperiksa, 11 lelaki, lapan wanita dan 10 kanak-kanak warga Filipina ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Menurutnya, JIM Sabah akan terus mempergiat operasi bagi membanteras kehadiran PATI serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji mereka.
Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.


Leave feedback about this