Tempatan Utama

Penduduk Kampung Pondo Angkat MyKad, Tegaskan Mereka Warganegara Malaysia

Penduduk Kampung Pondo Angkat MyKad, Tegaskan Mereka Warganegara Malaysia

KOTA KINABALU: Sekumpulan penduduk Kampung Pondo, Pulau Gaya sekali lagi tampil berhimpun dengan mengangkat kad pengenalan masing-masing bagi menegaskan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia.

Tindakan itu dilakukan susulan isu pengosongan penempatan di kampung berkenaan yang sebelum ini mencetuskan perhatian ramai, termasuk selepas tular video penduduk memohon supaya disediakan lot tanah dan rumah yang siap dibina.

Rakaman terbaharu yang tular di media sosial memperlihatkan sekumpulan penduduk mengangkat serta menunjukkan MyKad mereka secara beramai-ramai ketika seorang wakil menyampaikan kenyataan menggunakan pembesar suara.

Tindakan tersebut dipercayai bertujuan memperjelaskan status kewarganegaraan mereka di tengah-tengah polemik berkaitan tindakan pengosongan penempatan di Pulau Gaya.

 

Leave feedback about this

  • Rating