Tempatan Utama

RM200 ribu diperuntukan untuk membina surau Taman Saujana Kinabalu, Ranau -Masidi

SIARAN AKHBAR
18 Mei 2024

RANAU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun hari ini mengumumkan sebuah surau yang bernilai RM200 ribu akan dibina di Taman Saujana Kinabalu, Ranau. Pembinaan dijangka akan bermula sebelum akhir bulan Mei ini. Apabila siap nanti surau ini akan memberi manfaat kepada penduduk2 yang beragama Islam yang tinggal di Taman Saujana serta penduduk yang tinggal berhampiran. Terdapat 520 unit rumah teres di taman ini yang didiami oleh lebih kurang 1,500 penduduk.

Masidi berharap surau ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan keagamaan bagi penduduk yang beragama Islam tetapi menjadi pusat kegiatan kemasyarakatan yang aktif yang membantu mengukuhkan perpaduan di kalangan penduduk.

Selain itu, Masidi yang juga ADUN Karanaan menyatakan beliau bersedia menyediakan peruntukan kewangan bagi menampung kos pembinaan sebuah dewan serbaguna di Taman Saujana sekirnya tapak tanah yang sesuai tersedia. Beliau menyatakan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah yang semakin kukuh membolehkan lebih banyak peruntukan dapat disalurkan bagi membiyai projek2 kecil pembangunan khususnya di kawasan luar bandar.

Pada tahun 2023 Sabah mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM6.97 bilion, angka yang tertinggi bagi Sabah setakat ini.

 

Leave feedback about this

  • Rating