Tempatan Utama

12.89 Saat! Rekod MSSD Tumbang, Rekod MSS Sabah Turut Diatasi

Atlet muda SK St. Agnes, Ayrish Qisya binti Shahrul Alyandy, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Kinabalu 2026 dalam acara 100 meter Perempuan Bawah 12 dengan catatan masa 12.89 saat.

Lebih membanggakan, catatan tersebut turut mengatasi rekod rasmi Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah, 13.02 saat, sekali gus meletakkan Ayrish sebagai antara pelari pecut muda paling berbakat di negeri ini.

Kejayaan itu turut mengangkat Ayrish sebagai atlet ranking nombor satu Malaysia bagi acara 100 meter Perempuan Bawah 12 untuk musim 2026.

Pencapaian luar biasa ini adalah hasil hampir dua tahun latihan yang konsisten bersama Berwang Athletics di bawah bimbingan Coach Fahrul Nazri, selain sokongan padu daripada ibu bapa serta pihak sekolah.

Kejayaan Ayrish membuktikan bahawa usaha berterusan, disiplin tinggi dan sistem pembangunan atlet yang terancang mampu melahirkan jaguh olahraga sejak di bangku sekolah rendah.

SK St. Agnes turut wajar berbangga kerana berjaya melahirkan seorang atlet muda yang bukan sahaja mencipta rekod baharu, malah berpotensi mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di pentas yang lebih tinggi.

Tahniah diucapkan kepada Ayrish Qisya, kedua-dua ibu bapanya, SK St. Agnes, Coach Fahrul Nazri, Berwang Athletics serta semua pihak yang telah memainkan peranan dalam mencipta kejayaan bersejarah ini.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda untuk terus mengejar kecemerlangan dalam sukan olahraga.

Leave feedback about this

  • Rating