Sabah First Info Blog Tempatan Tujuh buah rumah terlibat dalam kebakaran di Kg Likas
Tempatan

Tujuh buah rumah terlibat dalam kebakaran di Kg Likas

 

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh buah rumah terlibat dalam satu kebakaran di Lorong Saga Kampung Likas dekat sini pada jam 7.29 malam tadi. (26 April)

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam tadi mengenai kejadian kebakaran di lokasi tersebut.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dibantu oleh pasukan dari BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi berkenaan.

“Ketua Operasi melaporkan kebakaran melibatkan tujuh buah rumah dan sedang merebak ke rumah yang berhampiran.

“Pasukan Bomba kini sedang menjalankan operasi pemadaman. Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Exit mobile version