Sabah First Info Blog Tempatan Suspek Kes Menghendap Wanita Berjaya Ditahan Polis
Tempatan Utama

Suspek Kes Menghendap Wanita Berjaya Ditahan Polis

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki menghendap seorang wanita ketika berada di bilik mandi di sebuah rumah di PPR Gudang 4, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian disedari mangsa apabila ternampak seorang lelaki tidak dikenali mengintainya ketika berada di dalam bilik mandi sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, hasil semakan rakaman CCTV di kawasan rumah pengadu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau bersama Balai Polis Bombalai berjaya mengesan dan menahan suspek berusia lingkungan 30 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sehelai baju dan seluar yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan perbuatan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

 

Exit mobile version