Sabah First Info Blog Luar Negara Suami Rayu Bantuan Bawa Isteri Koma Pulang, Dua Anak Kecil Menanti di Sabah
Luar Negara Tempatan Utama

Suami Rayu Bantuan Bawa Isteri Koma Pulang, Dua Anak Kecil Menanti di Sabah

Seorang suami, Jamri Herry merayu bantuan orang ramai bagi membawa isterinya, Ruhana Joseph pulang ke Malaysia selepas wanita itu diserang strok ketika bercuti di Vietnam.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mereka sedang membuat persiapan untuk pulang ke Sabah. Ruhana kemudiannya dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan koma akibat pendarahan di bahagian otak sejak 21 April lalu.

Dengan penuh harapan, Jamri memohon bantuan rakyat Malaysia untuk menampung kos rawatan dan membawa pulang isterinya ke tanah air. Anggaran kos ketika ini mencecah USD5,000, tidak termasuk kos penerbangan, sesuatu yang di luar kemampuan dirinya.

Rayuan turut dikongsikan oleh rakan pasangan tersebut yang berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan, lebih-lebih lagi pasangan ini mempunyai dua anak kecil perempuan yang sedang menunggu kepulangan ibu mereka di Sabah.

Orang ramai yang tidak mampu menyumbang kewangan turut digalakkan membantu dengan berkongsi maklumat ini agar lebih ramai tampil membantu.

 

Exit mobile version