
KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah memperkenalkan Bantuan Yuran Peperiksaan MUET (BAYU) bagi menanggung sepenuhnya kos peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk pelajar Tingkatan Enam di negeri ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Arifin Mohd Arif, berkata inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar dan merupakan tambahan kepada program pendidikan sedia ada seperti:
SENTOSA – Bantuan tambang balik kampung RM300 secara one-off, telah memanfaatkan lebih 17,000 pelajar.
GRS Supply – Memberi manfaat kepada 18,000 pelajar Sabah yang belajar di luar negeri.
Sehingga kini, kerajaan negeri telah melaksanakan 13 hingga 14 inisiatif pendidikan dengan peruntukan melebihi RM70 juta, merangkumi kebajikan pelajar, mobiliti dan pembangunan akademik.
Seramai lebih 600 pelajar menerima bantuan SENTOSA dalam majlis penyampaian di UMS, termasuk 319 pelajar UMS dan 323 dari Kolej MAHSA Sabah.
Datuk Arifin turut memaklumkan bahawa beberapa lagi inisiatif pendidikan sedang dirancang dan akan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah dalam masa terdekat.
