
Sabah Kehilangan Amaco😢
SANDAKAN, 26 Jun – Sabah kehilangan Amaco, beruang matahari tertua dalam jagaan Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), yang mati pada 24 Jun lalu pada usia 33 tahun akibat komplikasi kesihatan berkaitan usia.
Menurut BSBCC, Amaco mengalami kemerosotan fungsi buah pinggang, anemia serta penyakit jantung kronik.
Beruang matahari itu sebelum ini diselamatkan selepas menghabiskan 18 tahun hidupnya dalam kurungan di sebuah ladang dan kemudian menjalani kehidupan lebih baik di pusat konservasi tersebut.
Amaco dikenali sebagai beruang yang lembut dan menjadi antara penghuni paling disayangi di BSBCC. Pemergiannya meninggalkan kehilangan besar kepada pusat konservasi serta pencinta hidupan liar.
Sumber: Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC).
