
KOTA KINABALU: Sabah Elektricity menghargai peranan pihak media yang bertindak sebagai penyalur maklumat antara Sabah Electricity dengan masyarakat luar bandar menerusi liputan berkaitan isu-isu pembangunan bekalan elektrik yang relevan dan konsisten sepanjang tahun.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar berkata, peranan wartawan dan media massa tidak dinafikan lagi dalam pembangunan negeri, pemikiran masyarakat dapat diubah melalui penulisan yang dilakukan pihak media selain menjadi penentu kepada pembangunan atau kejatuhan sesebuah negara berdasarkan ketajaman penulisan ini.
“Sabah Electricity tidak lari daripada cemuhan dan kritikan yang sering dilemparkan oleh pihak umum dan dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, kami melihat pentingnya untuk membina jalinan yang kukuh bersama pihak media.
“Saya percaya dengan adanya hubungan yang baik ini akan membantu dalam pelaporan inisiatif-inisiatif Sabah Electricity untuk membantu membangun bekalan elektrik yang menyeluruh dan komprehensif,” katanya semasa Majlis Makan Amal Bersama Media di Dewan Persidangan Wisma SESB di sini
Text ucapannya dibacakan Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Elektricity Mohd Yusmanizam Mohd Yusof.
Katanya, penganjuran majlis ini adalah inisiatif Bahagian Korporat Komunikasi menerusi Unit Newsroom and Media Relations bagi meraikan serta mengeratkan silaturahim bersama pihak media yang selama ini banyak membantu dalam menyebar luas liputan dan publisiti.
“Majlis ini juga adalah tanda penghargaan kepada pihak media yang sentiasa memberi sokongan padu tanpa jemu terutamanya tergadap program dan isu berkaitan inisiatif serta usaha dalam memacu pembangunan Sabah dan Labuan.
“Besarlah harapan saya agar pihak media terus menjadi rakan kongsi Sabah Elektricity dalam mengongsikan kisah transformasi yang memberi inspirasi kepada keyakinan terhadap masa depan Sabah.
“Pada masa sama, jalinan kerjasama dalam meneroka cara infrastruktur tenaga, memperkasakan industri, mencipta pekerjaan dan meningkatkan kehidupan selain memperkasa komuniti bersama untuk menyerlahkan kawasan terpinggir dan membawa harapan kepada mereka yang paling memerlukannya,” katanya.
Tambahnya, kerjasama yang jitu antara Sabah Electricity dan pihak media ini akan dapat mencipta perubahan yang positif kearah memacu pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan komuniti dan menjamin masa depan yang mampan untuk Sabah.
“Media massa bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat tetapi melalu liputan media yang meluas, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Sabah Electricity ini dapat menarik perhatian dan penglibatan masyarakat yang lebih luas.
“Mesej-mesej positif yang disampaikan melalui media juga akan terus memberi impak positif dalam jangka masa panjang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Korporat Lisa Wan berkata, pertemuan antara kedua-dua pihak menguatkan lagi kerjasama yang terjalin selain salah satu medium bagi Sabah Elektricity menghargai peranan media yang menjadi suara rakyat dan jambatan yang menghubungkan Sabah Elektricitu dengan komuniti.
“Sabah Elektricity beroperasi dalam landskap yang dinamik dan mencabar, misi kami bukan sekadar memberi saluran tenaga elektrik tetapi memperkasakan kehidupan dan membolehkan pertumbuhan ekonomi, komuniti dan masa depan Sabah.
“Daripada usaha tebatan banjir kepada penyampaian tenaga bersih, daripada inisiatif solar serta bekalan tenaga di kawasan terpencil kepada pelaburan berjuta-juta dalam menaik taraf infrastruktur dan membina kapasiti penjanaan, kami komited untuk menceriakan kehidupan setiap pengguna kami.
“Sabah Elektricity bukan sahaja mengenai talian elektrik atau infrastruktur, sepertimana dalam slogan kami memperkasakan masa depan, kami komited memperkasakan, membina kepercayaan dan memupuk kerjasama yang mewujudkan Sabah yang bertenaga dan maju,” katanya.
Beliau berkata, pada majlis ini juga Sabah Elektricity memberikan sumbangan kepada lima rakan wartawan yang memerlukan sebagai salah satu Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pada masa sama katanya, Sabah Elektricity juga menyerahkan sumbangan kepada Rumah Bukit Harapan sempena perayaan Hari Krismas selain membantu penghuni menikmati penempatan yang lebih kondusif.
