
Merujuk kepada kenyataan media yang beliau keluarkan saya terpanggil untuk memberi penjelasan berkenaan dakwaan saya tidak merujuk dan memaklumkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang di Sabah berkaitan tindakan yang telah saya buat.
Ini adalah satu fitnah yang jelas dan pembohongan yang menjatuhkan nama baik saya selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah.
Sebelum saya mengambil keputusan dan membuat sidang media menyatakan pendirian AMK Sabah saya telah menghubungi Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang di Sabah bagi menjelaskan keadaan semasa serta memaklumkan mereka untuk mengadakan sidang media tersebut.
Dalam sidang media bertarikh 20 Mac 2024 itu saya menyatakan agar Semua perlu menghormati keputusan Presiden serta menunggu keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan PKR Pusat.
Angkatan Muda Keadilan Sabah tidak bersetuju dengan tindakan 15 Ketua Cabang Keadilan tersebut yang mendesak Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Datuk Dr. Sangkar Rasam meletakkan jawatan secara terhormat dengan alasan beberapa faktor yang diberikan.
Bagi kami itu tindakan yang membelakangi Presiden dan sepatutnya hal ini dibawa dalam mesyuarat bukan dalam sidang media dan kenyataan saya itu menjawab kepada persoalan yang dibuat oleh 15 Ketua Cabang PKR tersebut.
Bagi saya AMK Sabah ada hak untuk menyuarakan pandangan berkaitan isu dalaman yang berlaku dalam PKR Sabah. Bukan mengambil sikap untuk berdiam diri.
Sdra. Remysta juga perlu ingat bahawa beliau sendiri terlibat secara jelas selaku Timbalan Ketua AMK Sabah semasa sidang media 18 Mac 2024 di Hyat Hotel tersebut yang melibatkan 15 Ketua Cabang itu.
Jika pandangannya AMK Sabah sepatutnya tidak terlibat dalam isu tersebut kenapa dia sendiri hadir sidang media 15 Ketua Cabang itu seterusnya saya difahamkan ada beberapa pertemuan Ketua Cabang tersebut dia ada terlibat sama.
Apa persepsi orang luar parti dan ahli parti terhadap tindakan beliau yang dilihat memihak terlebih awal dalam isu tersebut.
Sedangkan saya pada 20 Mac 2024 barulah mengadakan sidang media ujar Zaidi Jatil selaku Ketua AMK Sabah.
Saya ingin Remysta bersikap jujur dan tidak memutar belitkan fakta tersebut.
Untuk makluman Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang juga telah membuat pengakuan di WhatsApp AMK Sabah secara bertulis bahawa saya telah merujuk serta memaklumkan Ketua AMK Cabang di Sabah berkenaan sidang media itu dan 16 orang daripada 26 Ketua Amk Cabang bersetuju dengan tindakan itu dan 8 Ketua AMK Cabang mengambil sikap berkecuali dan 2 Ketua AMK Cabang tidak bersetuju.
Saya juga ingin bertanya kepada Sdra. Remysta di mana 15 orang Ketua AMK Cabang yang beliau sebut itu yang saya tidak merujuk mereka.
Sebenarnya 15 orang itu hanyalah angka yang direka sendiri oleh beliau.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah


Leave feedback about this