Tempatan Utama

Projek Hidroeletrik Ulu Padas, usaha kerajaan tangani masalah eletrik di Sabah – Hajiji

TENOM: Projek Hidroelektrik Ulu Padas bakal menjana tenaga elektrik sebanyak 187.5 megawatt (MW) sekali gus akan menyumbang secara signifikan kepada grid bekalan tenaga Sabah dengan penambahan sebanyak 15 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata projek ini bukan saja untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah tetapi ia adalah antara usaha penyelesaian jangka panjang yang mampan kepada negeri ini. Katanya, sebagai penyumbang utama kepada campuran tenaga boleh diperbaharui, empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka boleh memenuhi peningkatan tenaga elektrik Sabah apabila siap nanti.

Menurutnya, majlis pecah tanah projek itu merupakan tanda ikatan kerjasama strategik institusi awam dan swasta. Pihak pemaju projek, Upper Padas Power Sdn Bhd, adalah hasil dari ikatan kerjasama dengan kerajaan negeri melalui Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan sektor swasta iaitu Gamuda Berhad dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd.

“Kehadiran Perdana Menteri yang melakukan upacara pecah tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas, jelas melambangkan sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Sabah, dalam usaha membangunkan infrastruktur asas demi manfaat rakyat di negeri ini,” kata Hajiji.

Leave feedback about this

  • Rating