Tempatan Utama

Pertanian Sabah berada di landasan tepat: Jamawi

KOTA KINABALU: Pencapaian dan komitmen tinggi Jabatan Pertanian Sabah terbukti cemerlang melalui pelbagai anugerah diterima sepanjang 2025.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, ia adalah hasil pelaksanaan tugas secara berintegriti dan profesional.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha kolektif seluruh warga Jabatan Pertanian, sekali gus mencerminkan keupayaan jabatan itu dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi pembangunan sektor pertanian negeri.

Jamawi menzahirkan harapan agar tahap komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh semua warga jabatan dapat terus dikekalkan pada masa hadapan bagi memastikan kecemerlangan berterusan.

Beliau turut menyeru semua jabatan dan agensi kementerian untuk tidak bersaing sesama sendiri sebaliknya saling melengkapi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Pertanian Jabatan Pertanian Sabah 2025, di sini semalam.

Jamawi menyarankan agar semua jabatan dan agensi kerajaan, pihak bukan kerajaan, pemain industri serta rakyat dilibatkan secara langsung dalam usaha memperkukuh pelaksanaan inisiatif keterjaminan makanan di Sabah.

Beliau mahu penekanan kepada memperkasakan inisiatif Kebun Dapur yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan serta beberapa lagi insiatig yang akan diperkenalkan.

 

Leave feedback about this

  • Rating