Sabah First Info Blog Tempatan Penganjur Acara Songkran Dikenakan Tindakan DBKK
Tempatan Utama

Penganjur Acara Songkran Dikenakan Tindakan DBKK

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengambil tindakan terhadap penganjur program Songkran Sunset Splash Run selepas didapati gagal mematuhi syarat kelulusan, khususnya melibatkan penggunaan air, kebersihan dan keselamatan kawasan awam.

DBKK menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program itu dan semua kelulusan tertakluk kepada pematuhan syarat yang ditetapkan.

Menurut DBKK, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa, selain mengarahkan penganjur melakukan kerja-kerja pembersihan segera di kawasan terlibat.

DBKK dalam masa sama menyatakan sokongan terhadap penganjuran acara yang memberi manfaat kepada pelancongan dan ekonomi tempatan, namun tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran peraturan.

Sebelum ini, program berkenaan tular di media sosial dan menerima kecaman orang ramai kerana didakwa membazir air ketika sebahagian kawasan berdepan isu bekalan air akibat cuaca panas dan kering.

Exit mobile version