Sabah First Info Blog Luar Negara Pelari Ultra Sabah, Fifiana Cemerlang di BTR Ultra Mt. Batur 2026 Bali, Raih Tempat Kedua Kategori Umur
Luar Negara Tempatan Utama

Pelari Ultra Sabah, Fifiana Cemerlang di BTR Ultra Mt. Batur 2026 Bali, Raih Tempat Kedua Kategori Umur

KOTA KINABALU: Pelari ultra wanita Sabah, Noor Hafizah Zubaidi mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menamatkan cabaran BTR Ultra Mt. Batur 2026 di Bali, Indonesia dengan meraih tempat kedua bagi kategori umur.

Mewakili Runsynd Running Club, beliau menamatkan acara kategori 100 kilometer dengan catatan masa 31 jam 45 minit 55 saat, sekali gus berada di kedudukan kesembilan keseluruhan bagi kategori wanita.

Perlumbaan BTR Ultra Mt. Batur 2026 itu merupakan antara acara ultra trail paling mencabar di Asia Tenggara, dengan peserta perlu merentasi laluan gunung berapi, hutan tebal serta pendakian ekstrem yang mencatatkan jumlah elevasi melebihi 7,000 meter.

Menurut Fifiana, penyertaan sulungnya di Bali memberikan pengalaman berharga walaupun berdepan cabaran fizikal dan mental yang tinggi, terutama apabila ia merupakan penyertaan selepas beberapa siri larian berturut-turut tanpa persediaan altitud yang mencukupi.

Beliau turut mengakui hampir berputus asa ketika melalui laluan di kawasan Gunung Agung pada kilometer 60, namun berjaya menguatkan semangat untuk meneruskan larian sehingga ke garisan penamat.

Fifiana merakamkan penghargaan kepada keluarga, rakan sepasukan, penaja dan komuniti larian yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan kariernya dalam sukan larian ultra.

Exit mobile version