KOTA KINABALU: Tular satu hantaran di media sosial memaparkan seorang wanita di Sabah yang merajuk selepas mengatakan teman lelakinya tidak mengejutkannya untuk bersahur.
Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan dipercayai membuat beberapa panggilan tidak dijawab (miscall) sebelum meluahkan rasa kecewa kerana terlepas waktu sahur.
Difahamkan, wanita tersebut mengharapkan teman lelakinya mengejutkannya seperti kebiasaan sepanjang Ramadan. Namun apabila panggilan tidak berjawab, dia berasa kecil hati dan kecewa.
