Sabah First Info Blog Tempatan JKR Sabah Jelaskan Jalan Berlubang di Inanam Bawah Seliaan DBKK
Tempatan Utama

JKR Sabah Jelaskan Jalan Berlubang di Inanam Bawah Seliaan DBKK

JKR Sabah: Jalan Berlubang Besar di Inanam Dalam Kawasan Seliaan DBKK

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menjelaskan bahawa jalan berlubang besar yang menjadi aduan di kawasan Inanam, khususnya di Taman Perindustrian Bigwheel, bukan berada di bawah seliaan jabatan itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, JKR Sabah memaklumkan bahawa semakan pihaknya mendapati lokasi jalan yang diadukan oleh ADUN N.18 Inanam, YB Edna Majimbun, sebenarnya berada di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Menurut JKR Sabah, pembinaan dan penyelenggaraan jalan berkenaan bukan di bawah seliaan serta pemantauan jabatan itu, sebaliknya menjadi tanggungjawab DBKK.

Exit mobile version