Sabah First Info Blog Tempatan Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Petik Mangga
Tempatan Utama

Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Petik Mangga

PAPAR – Hasrat seorang lelaki untuk memetik buah mangga berakhir tragedi apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Bambangan, semalam.

Mangsa berusia 42 tahun dipercayai berada di atas pokok dan menggunakan galah besi untuk mengambil buah mangga sebelum terkena kabel elektrik berhampiran sekitar jam 3 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.01 petang dan menemui mangsa tidak sedarkan diri di atas pokok.

Pasukan bomba menurunkan mangsa menggunakan tangga dan tali penyelamat selepas bekalan elektrik dihentikan oleh Sabah Electricity (SE). Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.29 petang.

Exit mobile version