Sabah First Info Blog Tempatan Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Bapa, Dicekup Polis di Tawau
Tempatan Utama

Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Bapa, Dicekup Polis di Tawau

TAWAU: Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengamuk dan memecahkan cermin kereta milik bapanya di Kampung Durian, Merotai Besar, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada kakak suspek kira-kira jam 9.17 pagi.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif sekitar jam 7 pagi sebelum merosakkan kenderaan bapanya yang diparkir di hadapan rumah.

Bertindak atas maklumat, anggota dari Balai Polis Bombalai berjaya menahan suspek kira-kira jam 11.20 pagi di hadapan rumahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan merosakkan harta benda.

Exit mobile version