Sabah First Info Blog Tempatan “JIM Sabah Tahan 21 Pendatang Asing Tanpa Izin di Ranau”
Tempatan Utama

“JIM Sabah Tahan 21 Pendatang Asing Tanpa Izin di Ranau”

RANAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 21 pendatang tanpa izin (PTI) dalam dua operasi penguatkuasaan berasingan di daerah ini, semalam.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi yang melibatkan 18 pegawai itu menahan 14 lelaki, tiga wanita serta empat kanak-kanak warga Pakistan dan Filipina kerana tidak memiliki dokumen sah.

Daripada 24 individu yang diperiksa, 21 daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau menegaskan JIM Sabah akan terus memperhebatkan operasi serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melindungi atau menggaji PTI, selain menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kehadiran mereka kepada pihak berkuasa.

Exit mobile version