Sabah First Info Blog Tempatan JIM Sabah Gempur PATI, 62 Warga Asing Ditahan Dalam Tiga Operasi
Tempatan Utama

JIM Sabah Gempur PATI, 62 Warga Asing Ditahan Dalam Tiga Operasi

  • JIM Sabah Gempur PATI, 62 Warga Asing Ditahan Dalam Tiga Operasi

 

KOTA KINABALU: Seramai 62 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Kudat dan Sandakan bagi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Di Kota Kinabalu, operasi membabitkan Ops Minyak dan Ops Selera telah memeriksa 13 individu, dengan sembilan warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Tangkapan di Kota Kinabalu melibatkan dua wanita warga Filipina, seorang lelaki warga India, serta enam warga Indonesia iaitu lima lelaki dan seorang wanita.

Di Kudat pula, Ops Sapu dan Ops Kutip memeriksa 37 individu, dengan 14 warga Filipina ditahan terdiri daripada lima lelaki dewasa, dua wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, di Sandakan, Operasi Penguatkuasaan termasuk Ops Bersama Agensi Penguatkuasaan memeriksa 166 individu dan menahan 39 warga asing. Mereka terdiri daripada 32 warga Filipina iaitu dua lelaki dewasa, 29 wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan, selain tujuh warga Indonesia membabitkan lima lelaki dewasa dan dua wanita dewasa.

JIM Sabah memaklumkan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran PATI serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

 

Exit mobile version