
KOTA KINABALU: Seorang jemaah tetap Masjid Jamek Kg Likas kembali ke rahmatullah selepas menunaikan solat fardu Isyak pada malam Jumaat dalam bulan Ramadan.
Pihak masjid dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang disifatkan sebagai antara jemaah yang istiqamah hadir menunaikan solat berjemaah setiap hari.
“Pemergian arwah pada malam yang mulia ini adalah satu kehilangan besar buat kariah masjid,” menurut kenyataan itu.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
