
KOTA KINABALU: Seorang individu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengaitkannya dengan kegiatan mencuri elektrik selepas namanya disebut dalam satu sidang media oleh Sabah Electricity baru-baru ini.
Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada 9 Mei lalu bagi menafikan tuduhan berkenaan, diikuti laporan polis kedua semalam susulan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media tersebut.
Menurutnya, beliau kecewa kerana namanya telah dikaitkan dengan dakwaan “mencuri elektrik” dan menegaskan semua tuduhan itu adalah tidak benar.
Dalam kenyataan di media sosial Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan yang terus memberi sokongan sepanjang isu itu berlaku.
Beliau juga berterima kasih kepada Puan Hashima Hasbullah daripada Consumers Front of Sabah atas bantuan dan panduan yang diberikan.
“Saya yakin Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya.


Leave feedback about this