Tempatan Utama

Hajiji mampu bawa Sabah ke arah lebih cemerlang

KOTA KINABALU: Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mampu membawa Sabah ke arah lebih cemerlang.

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Sabah, Datuk Dexter Lau berkata, pelantikan semula Hajiji sebagai Ketua Menteri sudah pasti akan membawa kestabilan, pragmatisme dan pembangunan jangka panjang.

“Beliau telah mendapat keyakinan kukuh daripada rakyat dan komuniti perniagaan melalui kepimpinan yang mantap, visi ekonomi yang terbuka serta pentadbiran yang pragmatik.

“Pelantikan semula beliau bukan sahaja mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap hala tuju kepimpinannya, malah menyuntik keyakinan baharu terhadap perancangan ekonomi Sabah, pemodenan industri dan iklim pelaburan negeri,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau menekankan bahawa sepanjang tempoh pentadbiran, Hajiji telah melaksanakan pelbagai pembaharuan penting.

Menurutnya, kepimpinan Hajiji telah memacu transformasi ekonomi Sabah, memperluas saluran pelaburan, memperkukuh kerangka kerjasama antara negeri dan antarabangsa, serta memperbaiki keseluruhan persekitaran perniagaan.

“Ini membolehkan Sabah kembali memperoleh momentum pertumbuhan dengan cepat selepas pandemik. Pelantikan semula beliau menjadi faktor penstabil bagi sektor perniagaan dan membuka jendela baharu peluang pembangunan masa depan,” katanya.

Leave feedback about this

  • Rating