Sabah First Info Blog Politik GRS umum empat lagi calon PRU17 Sabah
Politik Tempatan Utama

GRS umum empat lagi calon PRU17 Sabah

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan baki empat lagi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah).

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pengumuman baki empat calon berkenaan turut melengkapkan senarai 55 calon GRS yang akan bertanding PRU17 Sabah.

Menurutnya, empat calon itu adalah Dr Bonaventure Boniface yang akan bertanding bagi kerusi DUN Tamparuli; Rafie Robert Tawik (DUN Bingkor); Samsiah Usman (DUN Kukusan); dan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (DUN Sebatik).

“Semua calon-calon ini membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai. Saya yakin mereka berupaya untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji sekali lagi menyeru agar semua penyokong GRS terus bersatu dan memastikan kemenangan untuk GRS, bagi memberikan kerajaan pimpinan GRS mandat sekali lagi untuk meneruskan pembangunan di negeri ini.

Semalam, seramai 51 nama calon GRS yang akan bertanding PRU17 Sabah diumumkan oleh Hajiji pada majlis Pengumuman Calon GRS.

Hajiji berkata, calon yang ditampilkan GRS adalah gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muda dengan 35 peratus terdiri daripada muka baharu.

Exit mobile version