
KOTA KINABALU: Hajiji Noor berkata Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri.
Beliau berkata, pendekatan politik yang inklusif penting bagi memastikan kestabilan dan perpaduan rakyat terus terpelihara demi kemajuan Sabah.
Dalam perkembangan sama, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah memaklumkan parti itu turut menerima kemasukan ramai ahli baharu daripada bekas Parti Warisan Sabah di Keningau, sekali gus memperkukuh sokongan terhadap Gagasan Rakyat.
Sumber Warta Oriental


Leave feedback about this