Politik Tempatan Utama

PRN17: GRS komited teruskan kerjasama dengan PH

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi indikasi untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17). Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kita akan lihat, kalau fikiran mereka baik, tidak melampau, kita akan […]

Read More
Politik Tempatan Utama

SAPP umum keluar dari PN secara rasmi

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan telah menarik diri dari gabungan Perikatan Nasional (PN). Presiden SAPP,  Datuk Yong Teck Lee berkata keputusan terbabit dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lepas. Katanya, ibu pejabat PN juga telah dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan ini pada bulan lepas. Mengulas lanjut, katanya PN […]

Read More
Politik Tempatan Utama

Pertahankan hak sabah : Azizah

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, menegaskan pentingnya pemimpin dan rakyat Sabah berdiri teguh mempertahankan hak negeri tanpa mudah terpengaruh dengan dakwaan atau desakan yang tidak berasas. Azizah yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort itu memuji usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang dikatakannya telah membawa […]

Read More
Politik Tempatan Utama

Musuh Politik Guna Taktik Lama Porak Perandakan Pimpinan GRS – Jeffrey

KOTA KINABALU: Musuh politik kerajaan negeri seperti UMNO menggunakan taktik lama untuk memporak perandakan dan memecah belahkan pimpinan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan menyelar kenyataan UMNO Sabah yang membawa masuk nama beliau dalam isu desakan terhadap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri. […]

Read More
Politik Tempatan Utama

Tiada Sebab Adakan PRN Lebih Awal Namun Pemuda GRS Sudah Bersedia – Jonnybone

KOTA KINABALU: Tiada sebab untuk memanggil pilihan raya negeri lebih awal tetapi Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia menurut Ketuanya, Datuk Jonnybone Kurum. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid (PBS) itu berkata, sayap daripada kesemua 8 parti komponen bersatu untuk memastikan GRS terus mentadbir dan membangunkan Sabah. “GRS adalah platform terbaik yang ada kerana […]

Read More
Politik Tempatan Utama

Video tular, Masidi beri keterangan kepada SPRM

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung video dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan beliau.   Masidi berkata, beliau datang sendiri secara sukarela dan tanpa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Kinabalu jam 8 malam tadi untuk memberi keterangan kepada agensi penguat kuasa berkenaan. […]

Read More
Politik Tempatan Utama

200 Beliawanis sertai kursus pemantapan jati diri pemimpin

KUDAT: Seramai 200 ahli Beliawanis menyertai Kursus Pemantapan Jati Diri Pemimpin di Dataran Tomborungus, di sini baru-baru ini. Program yang dihadiri 15 bahagian Pergerakan Beliawanis Zon 1 itu dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Emmie Martin Idang. Ia merupakan program jelajah Gema Beliawanis yang mana Zon 1 adalah zon penutup […]

Read More
Politik Tempatan Utama

Ketua Menteri yakin GRS-PH Plus kembali memerintah selepas PRN17

KOTA BELUD: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus yang membentuk kerajaan negeri ketika ini mampu kembali memerintah selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Keyakinan itu disuarakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berdasarkan perkembangan semasa politik dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada. Katanya, gabungan berkenaan memiliki kekuatan untuk meneruskan khidmat kepada […]

Read More
Politik Tempatan Utama

Perwakilan PGRS diingatkan tentang ‘Langkah Kinabalu’

PAPAR: Seramai 1,000 perwakilan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bahagian Pantai Manis di sini diberi peringatan tegas mengenai episod hitam tahun lalu, ‘Langkah Kinabalu’ untuk tidak sekali-kali mengingkari atau menentang parti. Ketua bahagiannya, Datuk Seri Abdul Rahim Ismail berkata mereka perlu diingatkan tentang episod hitam yang berlaku pada awal Januari tahun lalu, supaya tidak mengikuti jejak […]

Read More
Politik Tempatan Utama

Jangan ada perselisihan dalam membangunkan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpinnya bukan saja disertai oleh Pakatan Harapan (PH) Sabah tetapi juga pemimpin daripada UMNO-Barisan Nasional (BN).   Sehubungan itu beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) tidak mahu wujud perselisihan faham antara parti lain […]

Read More