
Talian Elektrik Berjaya Dialihkan, Kerja Pemulihan Bekalan Di Pantai Timur Sabah Diteruskan
RANU: Talian elektrik yang menghalang laluan utama Ranau–Sandakan susulan kejadian menara penghantaran elektrik tumbang berjaya dialihkan, hari ini.
Sabah Electricity dalam perkembangan terkini pada 26 November memaklumkan bahawa jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik kini sedang dijalankan dengan memberi keutamaan kepada keselamatan orang awam serta petugas di lokasi kejadian.
Segala sumber dan tenaga kerja turut digerakkan bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna yang terjejas di kawasan Pantai Timur Sabah.
Sabah Electricity turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna susulan gangguan bekalan elektrik berkenaan.
Pihaknya memberi komitmen untuk memulihkan bekalan elektrik secepat mungkin dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi Sabah Electricity.


Leave feedback about this