Tempatan Utama

Semua Empat Remaja Perempuan Dilaporkan Hilang Di Kota Kinabalu Berjaya Dikesan

Semua Empat Remaja Perempuan Dilaporkan Hilang Di Kota Kinabalu Berjaya Dikesan

KOTA KINABALU: Kesemua empat remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah Kota Kinabalu berjaya dikesan.

Perkara itu dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi kemas kini terbaharu berhubung laporan kehilangan empat remaja berkenaan.

Empat remaja terbabit ialah Lorna binti Palmani, 17, Olivia Jeffrey, 16, Nadyana binti Albaser, 16, dan Farha Nabila binti Abdullah, 14.

Dengan penemuan kesemua remaja berkenaan, pihak polis memaklumkan bahawa semua kes kehilangan itu telah diselesaikan.

Dalam pada itu, IPD Kota Kinabalu merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama serta perkongsian maklumat yang membantu usaha mengesan remaja terbabit.

Polis turut mengingatkan masyarakat agar terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan dan kejadian kehilangan orang.

“Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada.”

Leave feedback about this

  • Rating