Tempatan Utama

IPD Kota Kinabalu Kesan Remaja Perempuan 17 Tahun Hilang

IPD Kota Kinabalu Kesan Remaja Perempuan 17 Tahun Hilang

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, Asnorawati Abdul San, yang dilaporkan hilang sejak 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu memaklumkan, remaja berkenaan beralamat di Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu dan dilaporkan keluar dari rumah pada kira-kira jam 4 petang.

Menurut polis, Asnorawati kali terakhir dilihat oleh bapanya pada kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari sama sebelum bapanya keluar bekerja.

Usaha mencari remaja berkenaan di sekitar Kampung Kalansanan, Inanam serta rumah rakan-rakannya telah dijalankan, namun masih belum berjaya menemui penama.

Asnorawati mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit hitam manis, muka berbentuk bulat, kening tebal dan rambut hitam paras bahu. Kali terakhir dia dilihat memakai tudung.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau SM Rosmah binti Pg Hashim di talian 011-31677612.

Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu usaha mengesan remaja terbabit.

Kerjasama orang ramai amat dihargai.

Leave feedback about this

  • Rating