Tempatan Utama

Sabah Motor Day 9.0 Kembali 5 dan 6 September Ini

KOTA KINABALU: Sabah Motor Day 9.0 akan berlangsung pada 5 dan 6 September depan di Padang Kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan membawa misi memperkukuh kesedaran antidadah dalam kalangan belia menerusi penglibatan komuniti permotoran dan masyarakat setempat.

Program anjuran Skuad Antidadah Sabah itu dijangka dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta menghimpunkan pelbagai kelab permotoran, agensi kerajaan, NGO dan orang ramai.

Pengerusinya, Datuk Mazlan @ Joehari Manan berkata, acara itu bukan sekadar perhimpunan peminat permotoran, malah menjadi platform berkesan menyampaikan mesej pencegahan dadah kepada generasi muda melalui aktiviti yang dekat dengan minat mereka.

Pelbagai pengisian menarik termasuk pameran, kempen kesedaran antidadah, program komuniti belia dan aktiviti kekeluargaan akan diadakan sepanjang penganjuran program berkenaan.

Leave feedback about this

  • Rating