Tempatan Utama

Lelaki warga asing didakwa rogol warga emas 61 tahun

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki warga asing berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sandakan hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga emas berusia 61 tahun dalam kejadian di Batu 7, pada Mac lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada awal pagi 21 Mac 2026 selepas dipercayai menceroboh rumah mangsa, mengugut serta merogol wanita berkenaan sebelum melarikan beberapa barangan miliknya.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali. Mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Dalam kes berkaitan sebelum ini, tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan selepas didapati bersalah atas kesalahan merompak dan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dalam kejadian sama.

Sumber BuletinTV3

Leave feedback about this

  • Rating