Tempatan Utama

Ketua Menteri Seru Rakyat Doakan Kesejahteraan Sabah Sempena Aidiladha

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengajak umat Islam di negeri ini supaya menjadikan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS sebagai iktibar dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Beliau berkata, semangat pengorbanan, ketabahan dan keikhlasan yang dipamerkan dalam sirah para nabi perlu terus dihayati oleh seluruh umat Islam, khususnya dalam usaha membangunkan negeri dan masyarakat.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru rakyat di negeri ini agar sentiasa memelihara silaturahim, memperkukuh perpaduan serta mengelakkan perpecahan dan perselisihan.

“Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya Nabi Ismail AS sentiasa menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam.

“Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi perjuangan.

Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 1447H di sini hari ini.

Menurut beliau, sirah Rasulullah SAW turut menjadi sumber inspirasi dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan membangunkan negeri tercinta.

Beliau turut mengajak rakyat mengambil kesempatan pada hari penuh barakah itu untuk mendoakan kesejahteraan serta keselamatan berterusan buat rakyat dan negeri Sabah.

Sehubungan itu, Hajiji berharap sambutan Aidiladha tahun ini menjadi titik tolak kepada umat Islam untuk terus bermotivasi dan komited meningkatkan nilai pengorbanan demi memperoleh rahmat Allah SWT.

Sumber Warta Oriental

Leave feedback about this

  • Rating