Tempatan Utama

Sabah Hargai Wira Sukan, RM383,116 Insentif Buat Atlet SEA dan Para ASEAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah terus menunjukkan komitmen dalam pembangunan sukan apabila menyampaikan insentif kemenangan berjumlah RM383,116 kepada atlet Sabah yang cemerlang di temasya Sukan SEA Ke-33 dan Para ASEAN Ke-13 di Thailand tahun lalu.

Insentif itu disampaikan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor sebagai penghargaan terhadap pengorbanan, dedikasi dan kejayaan atlet yang mengharumkan nama Sabah serta Malaysia di pentas antarabangsa.

Seramai 91 atlet Sabah mewakili negara pada Sukan SEA 2025 dan berjaya menyumbang lima pingat emas, 14 perak serta 11 gangsa.

Sementara itu, 22 atlet Sabah yang beraksi dalam Para ASEAN pula mencipta pencapaian membanggakan dengan kutipan 14 pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa.

Hajiji berkata, pengiktirafan yang diberikan bukan sahaja sebagai penghargaan kepada atlet, malah diharap menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus memperkasakan pembangunan sukan menerusi penyediaan kemudahan dan prasarana lebih moden serta kondusif bagi menyokong pembangunan bakat atlet secara menyeluruh.

Katanya, usaha berterusan itu penting dalam memastikan lebih ramai atlet berprestasi tinggi dapat dilahirkan sekali gus mengangkat nama Sabah dan Malaysia di persada antarabangsa.

 

Leave feedback about this

  • Rating