
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada Jemaah Haji Negeri Sabah bagi Musim Haji 1447H/2026M di Sabah International Convention Centre pada Isnin.
Majlis dimulakan dengan alunan zikir Asma’ul Husna serta bacaan doa yang dipimpin Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar.
Acara diteruskan dengan ucapan wakil pengurusan Lembaga Tabung Haji serta perutusan khas Tun Musa kepada para jemaah yang bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji musim ini.
Majlis turut disusuli sesi bersalaman bersama para jemaah selepas laungan azan.
Bagi musim haji 1447H/2026M, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan seramai 1,195 jemaah haji terdiri daripada 507 lelaki dan 688 wanita.
Pada penerbangan hari ini, seramai 142 bakal haji berlepas dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur International Airport bagi menjalani proses Makkah Route sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.


Leave feedback about this